Sweetness
UNTOLD STORIES
Welcome. Thank you for being around here. Enjoy your reading! Your path; Dashboard | +Follow
Jejak Kasih.
Assalamulaikum.

Alhamdulillah malam ni rumah ada tetamu datang lagi. Baru je last week Kak Sheila dengan Baby Syifa duduk seminggu dekat sini. Eh rindu dah! Alaaa ni yang malas nak teringat-ingat ni 

So malam ni saudara jauh datang duduk berehat satu malam (?) dekat rumah. Dua pupu yang selama ni tak pernah jumpa, tiba tiba terbuat slot jejak kasih dekat hospital. Hahaha. Itulah, sebenarnya nak dijadikan cerita, saudara mara jauh yang selama ni tak pernah kenal, tak pernah tahu pun wujudnya diorang, bila ada incident yang jadi and menyebabkan tiba-tiba jumpa, baru la tahu yang rupanya ada je dua pupu yang comel-comel, yang taraf adik-adik dengan kita ni. Yang kita kenal tu kenal lah, yang selalu balik kampung semua tu, memang dah biasa. Excited juga bila dapat jumpa kenalan baru which are sepupu sendiri ni. 

Kadang-kadang kita tak boleh pandang satu musibah yang menimpa kita tu dari sudut negative je. Of course akan terselit juga unsur positive from that musibah. Yela, ujian yang Allah bagi dekat kita memang berat, tapi Dia tahu yang semua Dia bagi tu benda yang kita masih mampu handle. Aku doakan isteri Pak Cik Tajul cepat sihat insyaAllah. Sedih rasa tengok orang terlantar sakit. Setiap kali pergi hospital melawat, setiap kali tu lah insaf sekejap (?).

Oleh sebab badan dah penat daripada pagi ke sana ke sini, rasanya dah boleh start rehat. Tunggu masa je mata ni nak tertutup sendiri. Jangan esok tak sedar diri, bangun bangun terus turun bawah tanpa segan silu sudah. Buat malu dekat tetamu je 

Till next time, insyaAllah.



Posted at 12:11 AM | Saturday, August 20, 2016 |0 comments

It's been a while
Assalamualaikum.

Ehem. Well, let me check the date of my last post here. Oh God! Dah dua tahun lepas rupanya. Haha. That was July 2014. Lamanya tinggal blog bersawang. Hehe.

Jadinya, disebabkan ada masa terluang, masih dalam process job hunting, apa salahnya sekali sekala tinjau and berborak dengan diri sendiri dekat sini kan? Tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu masa aktif blogging. Lepas tu tulis merepek entah apa apa. Haha. Nampak sangat lah tak matang kat situ. Minta maaf ya sekalian umat manusia yang pernah baca my older posts yang mengarut semua tu. Sekarang ni rasanya lebih matang kot. I mean, matang lah dari segi penulisan sebab dah hidup 24 tahun ni, macam macam dah aku lalui (:

So, this blog tak ada apa perubahan mungkin. Template masih sama. Eh lama tahu tak aku cari template yang comel konon konon nak tukar sebelum buat entry ni. Mana ada yang cantik. Yang old school jenis kosong sangat banyak lah. I need something yang boleh buat diri sendiri excited bila buka blog sendiri. Haha. Aku ni sejenis manusia yang buat entry untuk kenangan diri sendiri pada masa akan datang. Bukan untuk pleased orang lain (: 

Jumpa lagi next entry, bye!

Posted at 10:55 PM | Tuesday, August 16, 2016 |0 comments

Preparation for Eid Mubarak.
Assalamualaikum.


Kira kira balik, tinggal kurang seminggu lagi nak sambut raya. Alhamdulillah tahun ni sempat puasa separuh separuh dekat shah alam dengan rumah family. First time puasa dekat shah alam dan kebetulan bulan puasa datang masa dah habis kuliah. Puasa dalam study week dan final exam. Moga moga diberkati jawab exam masa puasa hari tu. Untung lah kiranya bila dapat puasa masa bukan waktu kuliah. Kurang lah kepenatan. Tak payah pergi class penat penat, tak payah tergopoh gopoh balik untuk berbuka puasa. Fokus study untuk final je. Alhamdulillah.

Umur dah makin meningkat, dah nak raya pun tak lagi rasa excited macam dulu dulu masa kecik. Just go with the flow. Nak raya, raya lah. Kalau dulu, kita lah sibuk nak beli baju raya, kita lah sibuk tanya parents bila nak balik kampung. Tapi sekarang tak lagi. Beli baju raya macam biasa sampaikan fikir future kegunaan baju raya tu. Ohh nanti baju tu boleh pakai bawak pergi class. Nanti nak masuk new semester tak payah lagi dah beli baju baru. Hehe. Jenis dah jadi habit kalau masuk new semester, kena ada baju baru. Tak baju baru pun, kena ada at least baju yang tak pernah pakai pergi class semester lepas. Then, top up dengan baju lama yang sedia ada. So, takde lah nampak macam pakai baju sama je. Memang orang lain takkan perasan, tapi untuk kepuasan diri sendiri sebenarnya. Hehe.

Kuih raya jangan cakap. Since umi takde masa and takde siapa yang nak guide buat kuih raya selain umi, maka kuih raya tunjuk jela yang mampu kami sediakan. Eh tapi. Kuih raya tunjuk tu takde lah maknanya main tunjuk je yang mana rasa nak beli. Haha. Make sure sedap dulu baru beli. This year nampaknya makin bijak planning raya family weolls. Beli sikit sikit je. Tahun tahun lepas beli kemain banyak sampai sebulan lepas raya pun tak habis. Membazir. Okay, sederhana cukup. 

Tutup cerita persediaan sambut raya. InsyaAllah sambung cerita on the next post (:

Posted at 3:52 PM | Tuesday, July 22, 2014 |0 comments

Selamat kembali.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai revert unnecessary post ke draft. Nak dibuang sayang. Ehem. Rasa awkward nak menaip panjang panjang. Dah setahun tak menulis dekat sini. InsyaAllah umur pun dah makin meningkat ni, makin lah berakal. Makin matured. Harapnya dapatlah menulis sesuatu yang bagi manfaat kepada diri sendiri. Bukan main redah je tulis macam dulu dulu. Hehe. 

Kemungkinan post post yang berunsurkan kehidupan harian akan dikurangkan. Lebihkan kepada random talk. Dunia hari ni macam macam yang jadi kan. Boleh lah dijadikan bahan rujukan untuk menulis apa yang patut. 

Till next time (:

Posted at 2:16 PM | Monday, July 21, 2014 |0 comments

Simple Hai (:
Assalamualaikum.

Kesian blog. Dah jadi tempat sandaran untuk luahkan perasaan je sekarang ni. Masa sekolah dulu bukan main rajin update itu ini. Sekarang dah jadi malas. Malas nak curahkan idea buat benda simple macam ni. Haha. Dah lebih tiga bulan cuti duduk rumah tapi dia punya tahap kemalasan tahap apa entah nak menulis. Bila duduk rumah, you know lah apa je aktiviti kan.

Lagipun sekarang ni dah kurang nak exposed benda benda dekat social website and blog sebab orang ni ada macam macam. Jenis yang perangai pelik pelik, suka buat assumption sendiri lah, apa lah. Padahal kita setakat suka suka and meluahkan apa yang terpendam. Ecehh. Haha.

Blog ni rasanya tak nak exposed dekat orang dah lah. I mean, publicly bagitahu dekat orang. Kalau orang jumpa, diorang tahu lah aku ada blog. Haha. Lagipun blog ni sekarang pun dah macam tak berapa nak bergerak je. Bagus jugak sebab takde lagi anasir anasir yang boleh buat kita sakit hati or else.




Posted at 4:08 PM | Sunday, July 28, 2013 |0 comments


Older Post
The Owner

| Facebook | | Twitter | Instagram |
She got no commercial name.
Tasneem Ghaffa.
Nym for short.
92's baby.
Well, she is having fun writing all her thoughts here.

Intuition
It is compulsory for a dinosour to know how to 'rawr-ing'. A simple word, 'RAWR' brings one beautiful sentence, I LOVE YOU. He is just like dinosour, going here and there 'rawr-ing' his lungs out to me. I pray to be his everything. I want him to look only at me. He taught me how to love and it is good to be loved by him. Loving him is one of the greatest thing that happened in my life. No one can replace his position that i specially reserved for him in my heart. But if the day comes that i have to let him go, there will be no one like you, love :')



Memories

Mingle here to read my older post (:





Recent Posts